Sunday, 13 November 2016

KEM BERTERUSAN PALAPES 2016

Hai guys..
im back again and bring more story about PALAPES. 
Hurmm, nak cerita apa ye kali ini??..ok dah dapat idea. Hari ini saya nak kongsi cerita bagaimanakah kami semasa kem berterusan PALAPES. First time kem berterusan, saya banyak mengeluh tau, sebab bukan senang-senang latihannya. Lebih susah dari biasa. 

Sebelum kami ke tempat latihan esok paginya tu, kami diarahkan untuk turun berbaris malam itu untuk melakukan aktiviti minum air sebanyak 1.5 liter dan perlu dihabiskan pada masa yang ditentukan tanpa gagal iaitu muntah or sebagainya. Masa ni, saya betul-betul nak muntah tau tak, dah lah perut aku senak semacam sebab terlalu banyak minum air tu, nak nangis pun ada jugak. Tapi bila tengok sekeliling tu saya nampak ramai skuad saya dah siap, so saya katakan kepada diri saya sendiri, 'you can do it Lurah' berulangkali sampailah saya berjaya menghabiskannya. Ramai juga skuad kami yan kecundang lah malam itu. Tapi kami berusaha bagi dia semangat sebab akan ditambah lagi airnya jika skuad kami tu lambat siap or muntah lagi. Then semuanya siap. 

Keesokannya, bermula lah latihan berterusan kami. Kami ke Ipoh selama 3 hari untuk latihan menembak. Disitulah saya mendapat banyak pengalaman baru yang tak terlupakan. Sebab kami banyak kali jugak lah kena side roll, PT 10, dan push up.Haha..kadang-kadang tu saya rasa sangat tidak tahan, sebab yalah, dahlah kaki melecet, kena suruh berlari lagi. Jangan mimpi nak jalan pelan2 kat PALAPES ye..awak mesti berlari. Tapi pengalaman menembak jugaklah yang paling tak terlupakan. Walaupun saya hanya tembak angin dan tak mengenai sasaran, hahahha.. saya tetap bangga sebab dapat merasakan sendiri memegang M16.

Habis saja 3 hari kat  Ipoh, kami berpindah pula ke Pusat KOR..kat sini lagi banyak pengalaman yang tak terdugakan dan sangat mencabar fizikal dan mental. Hari keempat, kami beramai-ramai berjalan kaki dari KAB ke Pusat KOR dengan ditemani puan YO kami yang comel-comel belaka. Dengan menggalas bag pack yang berat, panas lagi, kaki melecet..memang sangat-sangat aduh lah..hahaha.. 

semasa dalam perjalanan tu kami terserempak dengan kumpulan inter, ingatkan apalah yang mereka bising-bising bila melihat kami, rupanya mereka merancang untuk serang kami, nak tengok sejauh mana kebijaksanaan kami sekiranya digempur oleh musuh semasa berjalan tu. BANG!!..eh bunyi tembakan, kami semua terkejut, haha lepas tu skuad cakap lari-lari, kita kena serang..hahaha..saya memang tak habis gelak ingat perkara ni tau..haha..semasa  itu, saya sebenarnya nak meniarap sebab memang caranya begitu, tapi skuad saya ni mulalah bertolakan dan berlarian, saya pun tak jadi meniarap tau, takut kena pijak dengan spike kalau meniarap time tu..jadinya kami dimarah oleh  Tuan kerana salah teknik semasa diserang..hahahaha..saya masih ingat lagi Tuan tu cakap.."kalau beginilah cara kamu bila diserang musuh, confirm semua dah mati" katanya..hahahah dan saya hanya mampu gelak dan terus gelak..hahha.


Disebabkan saya tak dapat upload gambar saya dan skuad saya dalam ni, so tak dapat lah nak bagi korang tengok ye. Tapi saya akan upload video dan gambar PALAPES BATCH yang lepas2 supaya korang dapatlah gambaran keadaan kami tu semasa kem. Sama je pun..hahaaha



Sedikit sebanyak beginilah keadaannya tu.

oklah untuk coretan kali ini, hanya ini yang mampu saya kongsikan, kalau nak cerita semua,,alahai tertidur lah orang yang baca nanti..hahaha


tengok je lah ye

WAIT FOR THE NEXT STORY FROM ME YA.





4 comments:

  1. corak celoreng sebati denganmu, berbaktilah selagi mampu, cari kekuatan sebenar dirimu, walau terseksa teruslah maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata-katamu teman..amat memberi kekuatan kepadaku.Terima kasih sahabat

      Delete
  2. wuuuu dasyat. pengalaman mendewasakan kita

    ReplyDelete